

ahli kitab seperti yahudi malah menjadikan tanggal 10 muharram sebagai hari besar dan mereka berpuasa sebagai peringatan kisah nabi musa. berkenaan dengan masalah syariat ini, umat islam disunnahkan berpuasa pada bulan muharram. puasa ini dikenal sebagai puasa tasu’a (9 muharram) dan puasa asyura (10 muharram). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan berpuasa. Para shahabat berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari itu diagungkan oleh Yahudi.” Maka beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Di tahun depan insya Allah kita akan berpuasa pada tanggal 9.”, tetapi sebelum datang tahun depan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah wafat.” [HR Muslim, Abu Daud] Rasulullah ditanya tentang puasa Asyura, beliau menjawab: “Puasa itu bisa menghapuskan dosa2 kecil pada tahun kemarin.” [HR Muslim]
Bulan Muharam merupakan
bulan keberkatan dan
rahmat kerana bermula
dari bulan inilah
berlakunya segala kejadian
alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan
yang penuh sejarah, di
mana banyak peristiwa
yang berlaku sebagai
menunjukkan kekuasaan
dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya. Pada bulan ini juga, Allah
mengurniakan mujizat
kepada Nabi-Nabi-nya
sebagai penghormatan
kepada mereka dan juga
limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan
keredhaan bagi hambanya.
Sebagai tanda kesyukuran
kepadanya, maka hamba-
hambanya
mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka
dengan Allah) sebagai
hadiah kepada Allah,
namun dengan itu, masih
belum dapat lagi membalas
kurniaan Allah yang sungguh bernilai. Said bin Jubair dari Ibnu
Abbas r.a berkata: Ketika
Nabi saw baru berhijrah ke
Madinah, maka mereka
dapati kaum Yahudi
berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka
mereka pun bertanya
kepada kaum Yahudi
tentang puasa mereka itu.
Mereka menjawab, “Hari ini
Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel
terhadap Firaun dan
kaumnya, maka kami
berpuasa sebagai
mengagungkan hari ini.
Maka sabda Nabi saw: “Kami lebih layak
mengikuti jejak langkah
Musa dari kamu.” Maka Nabi saw pun
menyuruh para sahabat
agar berpuasa. Antara lain
kelebihan 10 Muharam
ialah barangsiapa yang
melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah
akan meluaskan rezekinya
sepanjang tahun ini.
Terdapat juga sebuah hadis
meriwayatkan,
“Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura,
maka dapat menebus dosa
satu tahun.” Maksud hadis
ini ialah hari yang
kesepuluh Muharam
(Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan
kerana pada sesiapa yang
berpuasa pada hari inilah,
Allah membersihkan dan
menebus dosa-dosa
mereka yang lampau. Bulan Muharam merupakan
satu-satunya bulan yang
teristimewa kerana banyak
peristiwa yang bersejarah
berlaku pada bulan ini
disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa
yang beribadah pada bulan
ini sepertimana terdapat
dalam satu hadist. “Sesiapa
yang berpuasa pada hari
Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi
kepadanya pahala sepuluh
ribu malaikat dan juga
akan diberi pahala sepuluh
ribu orang berhaji dan
berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan
sesiapa yang mengusap
kepala anak yatim pada
hari Asyura, maka Allah
akan menaikkan dengan
tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang
memberi buka puasa pada
semua umat Muhammad
saw dan mengenyangkan
perut mereka.” Sahabat
pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah
melebihkan hari Asyura,
dan menjadikan bukit dari
lain-lain hari.” Jawab
Rasulullah, “benar, Allah
telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan
menjadikan bukit-bukit
pada hari Asyura dan
menjadikan laut pada hari
Asyura dan menjadikan
Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga
menjadikan Adam dan
Hawa pada hari Asyura,
dan menjadikan syurga
dan neraka serta
memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura,
dan Allah
menyelamatkannya dari api
pada hari Asyura dan
menyembuhkan dari bala
pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah
memberi taubat kepada
Adam dan diampunkan
dosa Nabi Daud, juga
kembalinya kerajaan Nabi
Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi
pada hari Asyura.” Maka
pada hari itu ( 10 Muharam)
Nabi Adam dan Nabi Nuh
a.s berpuasa kerana
bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan
hari taubat mereka diterima
eh Allah setelah beratus-
ratus tahun lamanya
memohom keampunan. Pada hari itu juga, hari
pembebasan bagi orang-
orang Islam yang telah
sekian lama dikongkong
oleh Firaun, di mana hari itu
mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman
Firaun yang selama ini
mengancam agama dan
menggugat iman mereka.
Dengan tenggelamnya
Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti
berakhirlah sudah
kezaliman musuh-musuh
Allah buat masa itu.
Terselamatlah tentera Nabi
Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah
berikan, maka mereka
berpuasa kerana
kesyukuran yang tidak
terhingga kepada Allah
swt. Banyak peristiwa
bersejarah yang berlaku
pada 10 Muharam ini, di
mana pada hari inilah, Allah
telah memuliakan Nabi-
Nabi dengan sepuluh kehormatan.
- 1. Setelah beratus-
ratus tahun
meminta ampun
dan taubat pada
Allah, maka pada
hari yang bersejarah 10
Muharam inilah,
Allah telah
menerima taubat
Nabi Adam. Ini
adalah satu penghormatan
kepada Nabi Adam
a.s.
- 2. Pada 10 Muharam
juga, Nabi Idris a.s
telah di bawa ke
langit, sebagai
tanda Allah
menaikkan darjat baginda.
- 3. Pada 10 Muharam,
tarikh berlabuhnya
perahu Nabi Nuh a.s
kerana banjir yang
melanda seluruh
alam di mana hanya ada 40 keluarga
termasuk manusia
binatang sahaja
yang terselamat dari
banjir tersebut. Kita
merupakan cucu- cicit antara 40
keluarga tadi. Ini
merupakan
penghormatan
kepada Nabi Nuh
a.s kerana 40 keluarga ini sahaja
yang terselamat dan
dipilih oleh Allah.
Selain dari itu,
mereka adalah
orang-orang yang engkar pada Nabi
Nuh a.s.
- 4. Nabi Ibrahim
dilahirkan pada 10
Muharam dan
diangkat sebagai
Khalilullah (kekasih
Allah) dan juga hari di mana baginda
diselamatkan dari
api yang dinyalakan
oleh Namrud. Nabi
Ibrahim diberi
penghormatan dengan Allah
memerintahkan
kepada api supaya
menjadi sejuk dan
tidak membakar
Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi
Ibrahim dari
angkara
kekejamanNamrud.
- 5. Pada 10 Muharam
ini juga Allah
menerima taubat
Nabi Daud kerana
Nabi Daud
merampas isteri orang walaupun
bagainda sendiri
sudah ada 99 orang
isteri, masih lagi
ingin isteri orang.
Oleh kerana Nabi Daud telah
membuatkan si
suami rasa kecil hati,
maka Allah
turunkan dua
malaikat menyamar sebagai manusia
untuk menegur dan
menyindir atas
perbuatan Nabi
Daud itu. Dengan itu
sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya
dan memohon
ampun pada Allah.
Sebagai
penghormatan
kepada Nabi Daud a.s maka Allah
mengampunkan
baginda pada 10
Muharam.
- 6. Pada 10 Muharam
ini juga, Allah
mengangkat Nabi
Isa ke langit, di
mana Allah telah
menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza.
Ini merupakan satu
penghormatan
kepada Nabi Isa
daripada
kekejaman kaum Bani Israil.
- 7. Allah juga telah
menyelamatkan
Nabi Musa pada 10
Muharam daripada
kekejaman Firaun
dengan mengurniakan
mukjizat iaitu
tongkat yang dapat
menjadi ular besar
yang memakan
semua ular-ular ahli sihir dan
menjadikan laut
terbelah untuk
dilalui oleh tentera
Nabi Musa dan
terkambus semula apabila dilalui oleh
Firaun dan
tenteranya. Maka
tenggelamlah
mereka di Laut
Merah. Mukjizat yang dikurniakan
Allah kepada Nabi
Musa ini merupakan
satu penghormatan
kepada Nabi Musa
a.s
- 8. Allah juga telah
menenggelamkan
Firaun, Haman dan
Qarun serta
kesemua harta-
harta Qarun dalam bumi kerana
kezaliman mereka.
10 Muharam,
merupakan
berakhirnya
kekejaman Firaun buat masa itu.
9. Allah juga telah
mengeluarkan Nabi
Yunus dari perut
ikan setelah berada
selama 40 hari di
dalamnya. Allah telah memberikan
hukuman secara
tidak langsung
kepada Nabi Yunus
dengan cara ikan
Nun menelannya. Dan pada 10
Muharam ini, Allah
mengurniakan
penghormatan
kepada baginda
dengan mengampun dan
mengeluarkannya
dari perut ikan Nun.
- 10. Allah juga telah
mengembalikan
kerajaan Nabi
Sulaiman a.s pada
10 Muharam
sebagai penghormatan
kepada baginda.
Sumber :
pkpu.or.id/
Dan berbagai sumber terpercaya.
